Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang Melaka Bandaraya
Bersejarah
BANDARAYA MELAKA - Muzium Kapal Selam ‘FS Quessant Agosta
70’ di Kompleks Muzium Maritim, Klebang dibuka kepada orang ramai mulai 1
Disember .
Kapal itu pada asalnya adalah kapal selam latihan bagi kru-kru
kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) milik tentera laut Perancis.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk
Khamis Abas berkata, pelancong yang hadir berpeluang masuk di setiap ruangan kapal
untuk melihat keadaan sebenar dalam kapal tersebut.
Saya harap dengan adanya muzium kapal selam ini pelancong
dapat melihat dan merasa keadaan sebenar bila berada dalam kapal selam itu.
Selain melihat keadaan kapal, pihak kami juga menyediakan beberapa
pameran artifak seperti pakaian pelatih, ‘caption and write up’ sebagai
penerangan, kawasan rehat dan beberapa gerai cenderamata.
Justeru, saya menyeru orang ramai supaya tidak melepaskan
peluang berkunjung ke kapal selam ini bagi menikmati pengalaman sangat menakjubkan
ini.
Harga tiket masuk ke Muzium Kapal Selam itu RM3 bagi dewasa
dan RM1 bagi kanak-kanak, waktu beroperasi setiap Isnin hingga Khamis mulai jam
9 pagi hingga 5.30 petang, manakala Jumaat hingga Ahad bermula 9 pagi hingga
6.30 petang.
Harga tiket masuk ke Muzium Kapal Selam :
Dewasa - RM3
Kanak-kanak - RM1
Waktu beroperasi :
Isnin hingga Khamis - 9 pagi hingga 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad - 9 pagi hingga 6.30 petang
Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com
No comments:
Post a Comment