25 May 2013

Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2013

Melaka River International Festival 2013

Festival Antarabangsa Sungai Melaka yang telah dianjurkan sejak tahun 2007 pada peringkat awalnya dikenali sebagai Pesta Sungai Melaka. Pada ketika itu ia dianjurkan selama satu minggu iaitu pada setiap bulan Jun yang merupakan musim cuti persekolahan.

Penganjuran Pesta ini diilhamkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam setelah melakukan lawatan kerja ke Sungai San Antonio (San Antonio River Walk) di Texas, Amerika Syarikat. Beliau yakin penganjuran Pesta Sungai Melaka ini akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Venice Of  The East’.

Keunikan Sungai Melaka yang menjadi nadi kepada pengkisahan sejarah negeri Melaka bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, British, dan Jepun hinggalah pengiktirafannya sebagai Melaka Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO menjadi faktor penarik kepada pelancong dari dalam dan luar Negara.

Berikutan kejayaann penganjurannya, maka Kerajaan Negeri Melaka telah melangkah setapak lagi ke hadapan apabila mengambil keputusan memanjangkan tempoh penganjurannya daripada seminggu kepada satu bulan dan membabitkan hampir 100 acara, pada tahun 2010. Ia juga telah disenaraikan dalam ‘Calender of Events Tourism Malaysia’ oleh Kementerian Pelancongan.

Pada Tahun 2013, Acara pelancongan terbesar di negeri Melaka ini telah dinaiktaraf menjadi Festival Antarabangsa Sungai Melaka, supaya ia dapat memfokuskan kepada usaha menarik lebih ramai kehadiran dan penyertaan daripada pelancong luar Negara.

Festival  Antarabangsa Sungai Melaka kali ini mengetengahkan 80 acara mega dan berprestij sejajar dengan Temanya: 'Warna Warni Kemeriahan Melaka, Kehadiran Seluruh Dunia Dialu-alukan (Colourful Excitement of Melaka, We Welcome The World).

Pelbagai Acara menarik bersesuaian dengan pelbagai Peringkat umur dianjurkan sempena festival ini antaranya adalah Persembahan Kesenian dan Kebudayaan, Perarakan Bot Berhias, Melaka International Parade, Pertandingan Gladiator, Dragon Boat Race, Pertandingan Remote Control Boat, International Seminar In Water Management, Pesta Sukan Air, Pertandingan Memancing, Melukis dll.

Pada tahun 2012, seramai 450,000 pelancong telah menghadiri dan menyertai Festival Antarbangsa Sungai Melaka dan pada tahun 2013, ia dijangka dapat menarik seramai 800,000 orang pelancong. Rancanglah percutian anda, kami mengalu-alukan kehadiran anda ke Festival Antarabangsa Sungai Melaka. Jangan lepaskan peluang ini..!! 


Jadual/Aturcara Program Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2013
Festival Jemputan Sungai Melaka gotomelaka.blogspot.com

25 Mei 2013 (Sabtu)
Live Band – Akasia Band 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertunjukan Bola Api – Fire Eater 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

26 Mei 2013 (Ahad)
Live Band D’Gempita 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

27 Mei 2013 (Isnin)
Pertandingan Melaka Idol (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

28 Mei 2013 (Selasa)
Pertandingan Retro (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

29 Mei 2013 (Rabu)
Pertandingan Irama Malaysia (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

30 Mei 2013 (Khamis)
Bacaan Yassin & Tahlil 7mlm-10mlm (Masjid Pengkalan Rama)

31 Mei 2013 (Jumaat)
Majlis Perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka) *Perkhidmatan Bot Melaka River Cruise(MRC) secara percuma bagi memudahkan orang ramai berulang alik dari Taman Rempah ke Dataran Sungai Melaka, lokasi perasmian.
Pertandingan Bot Berhias 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

Bot Berhias yang akan berlangsung pada 31 Mei dan 1 Jun membabitkan penyertaan 20 buah bot mewakili pelbagai agensi, syarikat korporat..

01 Jun 2013 (Sabtu)
Seminar Sungai Antarabangsa 8pg-5ptg (Ramada Plaza Melaka)
Pameran & Jualan Kraftangan 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Perusahaan Kecil & Sederhana 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Teknologi Hijau 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pertandingan Bot Berhias 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Live Band – Akasia Band 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

02 Jun 2013 (Ahad)
Pameran & Jualan Kraftangan 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Perusahaan Kecil & Sederhana 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Teknologi Hijau 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Persembahan Kesenian Cina 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

03 Jun 2013 (Isnin)
Pertandingan Melaka Idol (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

04 Jun 2013 (Selasa)
Persembahan Kesenian Kaum India & Portogis 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Retro (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

05 Jun 2013 (Rabu)
Persembahan Komedi, Nyanyian, dan Artis Jemputan 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Irama Malaysia (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

06 Jun 2013 (Khamis)
Persembahan Maulid D’Bai 9mlm-11mlm (Taman Rempah)

07 Jun 2013 (Jumaat)
Pameran Kesihatan & Derma Darah 9pg-6ptg (Dataran Sungai Melaka)
- 10,000 Langkah Jalan Kaki
- Hari Tanpa Tembakau
Live Band dan Nyanyian Artis 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

08 Jun 2013 (Sabtu)
Pameran Kesihatan & Derma Darah 9pg-6ptg (Dataran Sungai Melaka)
- 10,000 Langkah Jalan Kaki
- Hari Tanpa Tembakau
Pertandingan Bot Kawalan Jauh 9pg-5ptg (Taman Tasik Ayer Keroh)
- Dijangka menarik penyertaan 250 peserta dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Thailand, Brunei, dll, sekaligus akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records
Warna-Warni Rakyat Malaysia 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Malam Puisi 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Gotong Royong Pihak Berkuasa Tempatan/PBT 8pg-12tgh (MBMB,MPHTJ,MPAG,MPJ)

09 Jun 2013 (Ahad)
Pertandingan Bot Kawalan Jauh 9pg-5ptg (Taman Tasik Ayer Keroh)
Pertunjukkan Beca Berhias & Artis Jemputan 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

10 Jun 2013 (Isnin)
Persembahan Lagu-Lagu Patriotik 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Melaka Idol (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

11 Jun 2013 (Selasa)
Pertandingan Retro (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

12 Jun 2013 (Rabu)
Pertandingan Irama Malaysia (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

13 Jun 2013 (Khamis)
Persembahan Kebudayaan Kanak-Kanak 9mlm-12mlm (Taman Rempah)

14 Jun 2013 (Jumaat)
Persembahan Silat 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Retro (akhir) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Tarian Singa 8mlm-12mlm (Taman Rempah)

15 Jun 2013 (Sabtu)
Larian Kitar Semula 2013 7pg-2ptg (Mydin Hypermaket)
Sukan Air 8pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Badang 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Melaka Parade 8mlm-11mlm (Hang Tuah Mall-Taman Rempah)

- Perarakan sejauh 3 kilometer dari Mahkota Parade Hang Tuah Mall ke Taman Rempah

16 Jun 2013 (Ahad)
Pertandingan Perahu Naga turut menggamit penyertaan peserta dari luar negara

Pertandingan Perahu Naga 9pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Battle Of The Band 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Persandingan Beramai-ramai Saudara Baru 8mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pameran Solek Setanjak & Peragaan Pemakaian Busana Melayu 2ptg-8mlm (Dataran Sungai Melaka)

17 Jun 2013 (Isnin)
Live Band D’Gempita  9mlm-12mlm (Taman Rempah)

18 Jun 2013 (Selasa)
Live Band MBMB & Persembahan Kesenian 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

19 Jun 2013 (Rabu)
Pertandingan Melukis & Mewarna 9pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Festival Pantun 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Irama Malaysia (akhir) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

20 Jun 2013 (Khamis)
Pertandingan Maulid D’Bai 9mlm-11mlm (Taman Rempah)

21 Jun 2013 (Jumaat)
Bicara Addin 9mlm-11.30mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Melaka Idol (akhir) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)

22 Jun 2013 (Sabtu)
Kayak Sirkit Kebangsaan 8pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Larian Sungai Melaka 9pg-12tgh (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Masakan Bersama Chef Selebriti 9pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)

23 Jun 2013 (Ahad)
Pertandingan Memancing 9pg-5ptg (Pantai Puteri)
Kayak SIRKIT Kebangsaan 8pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Majlis Penutup Rasmi Festival Antarabangsa Sungai Melaka 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka) *Perkhidmatan Bot Melaka River Cruise(MRC) secara percuma dari 7mlm-11mlm bagi memudahkan orang ramai berulang-alik dari Taman Rempah ke Dataran Sungai Melaka, lokasi Majlis Penutupan Rasmi.



Cuti-cuti 1Malaysia, 
Tahun Melawat Malaysia 2014


By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

24 May 2013

Ketua Pengarah UNESCO Melawat Melaka

Director-General of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Irina Bokova Visit Melaka
BANDARAYA MELAKA- Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), H.E. Irina Bokova yang mengadakan lawatan di negara ini selama tiga hari, telah pilih Melaka sebagai destinasi kunjungannya.

Mohd Khalil menanyakan sesuatu kepada Irina 
sambil diperhatikan Idris dan Othman
Ketibaan beliau telah diraikan pada majlis makan malam di Casa del Rio Melaka di sini malam tadi dan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Wira Ir. Idris Haron.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri; Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara (JWN), Prof. Emeritus Datin Paduka Zuraina Abdul Majid serta para pegawai kanan JWN.

Irina serta rombongannya telah dibawa menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot Melaka River Cruse menuju ke hotel penginapannya. Rombongan Irina dijadualkan melawat sekitar tapak warisan bersejarah di negeri ini, hari ini.

Rombongan UNESCO bergambar kenangan bersama Mohd Khalil, Idris dan Othman



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

18 May 2013

Hari Muzium Antarabangsa 2013


Muzium Dibuka PERCUMA Pada 18 May 2013 Sempena Hari Muzium


Selamat Hari Muzium 2013! Tiada bayaran masuk hari ini (18 Mei 2013)
Happy Museum Day 2013! FREE Entrance to All Museum and Gallery in Malacca (18052013)

Di Muzium Istana Kesultanan Melaka


Sempena Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei 2013, para pelancong dari dalam dan luar negara berpeluang melawat Muzium dan Galeri di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) secara PERCUMA. Tema Hari Muzium Antarabangsa 2013 ialah "KENANGAN + KREATIVITI = PERUBAHAN SOSIAL"


Diantara Muzium dan Galeri di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) :-

Kapal Flor De La Mar di Muzium Samudera

Rangkaian Muzium PERZIM

Muzium Sejarah & Etnografi
Muzium Pendidikan
Muzium Sastera
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Muzium Belia Malaysia
Muzium Islam Melaka
Muzium Rakyat
Muzium Kecantikan
Muzium Layang-layang
Muzium Setem Melaka
Muzium Istana Kesultanan Melaka
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
Muzium Samudera
Muzium Samudera Fasa II
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia
Muzium Al-Quran
Muzium Chetti
Muzium Orang Asli


Rangkaian Galeri PERZIM
 
Galeri Balai Seni Lukis Melaka
Galeri Seni Rakyat
Galeri 3D
Galeri Ketua Menteri Melaka
Galeri Melaka
Galeri Balai Polis Batang Tiga
Galeri Demang Abdul Ghani
Galeri Laksamana Cheng Ho

Muzium dan Galeri untuk dilawati di Melaka, dibawah Perbadanan Muzium Melaka(PERZIM) / Melaka Museums Corporation


Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City