18 April 2013

Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Masuk PERCUMA
Muzium Kastam Diraja Malaysia yang terletak di Jalan Quayside, Banda Hilir Melaka

Tentang Muzium Kastam Diraja Malaysia

Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia ini merupakan muzium yang diwujudkan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat khususnya rakyat tempatan, pelajar, penyelidik dan pelancong akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pelbagai bahan sejarah dipamerkan seperti rentetan perkembangan operasi Jabatan Kastam daripada sebelum merdeka hingga kini dapat diterokai menerusi koleksi dan gambar-gambar Pejabat Kastam, Perumahan kakitangan yang dipamerkan. Semua koleksi yang diperagakan merupakan sebahagian daripada aktiviti dan tugas utama yang dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia selain daripada memungut hasil negara seperti koleksi barang-barang larangan yang dirampas semasa dibawa masuk atau keluar negara.

Peralatan yang pernah digunakan semasa operasi memungut cukai. Buku Panduan cukai dan lain-lain lagi. Pamerannya berkonsepkan edutainment dipersembahkan dalam bentuk grafik 3 Dimensi dan pameran interaktif yang menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tentang Bangunan Muzium Kastam Diraja Malaysia

Bangunan ini telah dibina oleh pentadbir British pada awal 1890-an untuk kegunaan Jabatan Kastam ketika itu dengan senibina Inggeris menggunakan batu bata dan berbumbung genting tanah liat sebagai gudang untuk menyimpan barang-barang dagangan seperti beras, gula, tepung, rempah ratus, tekstil, seramik dan sebagainya yang diimport daripada negara China, India, Indonesia, Thailand dan Filipina. Barang-barang untuk dieksport juga disimpan di dalam gudang ini.

Bangunan Muzium Kastam Diraja Malaysia ini yang terletak di Jalan Quayside, Banda Hilir Melaka juga dikenali sebagai Gudang Kastam yang mana ianya berperanan sebagai Gudang untuk menyimpan sementara barang-barang bercukai sebelum pemeriksaan dan cukai dibayar oleh pengimport yang diangkut oleh tongkang-tongkang daripada kapal dagangan yang berlabuh di Pelabuhan Melaka dan dibawa ke muara Sungai Melaka. Pelabuhan Melaka juga dikenali sebagai Pelabuhan "Barter Trade". Secara tidak langsung Bangunan Gudang Kastam ini juga telah dijadikan Pejabat Kastam Negeri Melaka serta memainkan peranan yang penting mengendalikan pemeriksaan barangan dan mengutip cukai oleh pegawai kastam yang bertugas pada masa itu daripada era pemerintahan British sehingga selepas merdeka.

Pada tahun 1965, banguna Pejabat Pelabuhan Melaka telah siap dibina. Kakitangan Kastam telah berpindah kebangunan baru. Bangunan ini kekal sebagai Gudang Kastam dan pada tahun 1980-an sebahagian bangunan Gudang Kastam ini telah dijadikan Pejabat Kastam Bahagian Pencegahan dan stor pencegah. Pada tahun 2001 aktiviti import eksport Pelabuhan Melaka telah dihentikan dan telah dipindahkan kepada Pelabuhan Kuala Linggi dan Sungai Rambai.

Peranan Bangunan Gudang Kastam tidak terhenti disitu sahaja, diatas Inisiatif Ybhg. Dato' Haji Md. Hassim Bin Pardi, mantan Pengarah Kastam Negeri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bangunan ini ditukar menjadi Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan telah dilancarkan oleh YAB Datuk Wira Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 25 Ogos 2006.

Tentang Koleksi Di Muzium Kastam Diraja Malaysia

Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia mempamerkan lebih daripada 200 koleksi bermula dengan Gencana asal sebagai gelaran "DIRAJA" kepada Jabatan Kastam Dan Eksais Malaysia yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-3 dipertontonkan kepada orang ramai kerana pada tarikh 29.10.1963 bermulalah Jabatan Kastam diberi gelaran sebagai Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja. Pakaian seragam Pegawai Kastam di bawah pemerintahan British dipamerkan bersama pakaian seragam selepas merdeka serta pakaian yang pernah dipakai pada tahun 1980-an hingga tahun 2002 beserta dengan aksesori kelengkapan pakaian seragam.

Buku panduan cukai seperti Trade Classification and Customs Tariff 1978, Customs ordinance 1952 Federation of Malaya Government Gazette 1952, buku rekod gaji kakitangan Kastam Melaka tahun 1940-an, buku lawatan Pegawai Kanan Kastam 1960-an, kad kuasa daripada tahun 1920-an hingga 1960-an. Alat kelengkapan pejabat Kastam seperti mesin taip, mesin kira, alat penibang dan lain-lain lagi yang masih lagi dalam keadaan sempurna.

Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga mempamerkan koleksi hasil rampasan daripada seluruh negeri di Malaysia kini berpusat di Muzium. Barang-barang larangan seperti senjata api tiruan yang menyerupai senjata api sebenar, mercun, senjata tajam seperti pedang, pisau lipat, keris dan kain-kain bercetakkan ayat-ayat Al-Quran, peralatan menyadap todi serta banyak lagi yang pasti menarik perhatian pengunjung.

Jabatan Kastam juga diamanahkan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Koleksi peralatan menghisap candu seperti paip, dapur, candu masak dan lain-lain serta teknik penyeludupan tahun 1960-an juga diperagakan.

Koleksi gambar-gambar kakitangan kastam termasuk dari Sabah dan Sarawak, Tanjung Pagar Singapura semasa pemerintahan Inggeris dan gambar mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia turut dipamerkan. Secara langsung Muzium JKDM ini memainkan peranan untuk memberi pendidikan, informasi dan juga nostalgia kepada semua pengunjung.



Masuk adalah PERCUMA

Waktu Operasi Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia :
Dibuka Setiap Hari
Isnin - Ahad (Termasuk Cuti Umum kecuali Hari Raya pertama Puasa & Raya Haji
9 pagi - 6 petang
  



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

17 April 2013

The Orang Utan House

Wordless Wednesday


The Orang Utan House at Jalan Tukang Besi Melaka, Malacca Malaysia




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City 

Kincir Angin Belanda di Melaka

Windmill Melaka

Dutch Windmills di Melaka berdekatan dengan Kompleks Bangunan Stadthuys



Tag: windmill melaka, dutch windmill melaka, kincir angin melaka, windmill netherlands, hollands windmills, dutch windmills, picture of dutch windmill



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

15 April 2013

Ulang Tahun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang Ke-10


Sedekad Bandaraya Melaka Bersejarah

 Graha Makmur yang merupakan pusat pentadbiran MBMB yang terletak di Ayer Keroh

TANGGAL 15 April 2013 genap usia sepuluh tahun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang telah mencorakkan Bandar Raya Melaka menjadi sebuah bandaraya yang bukan sahaja terkenal di negara ini bahkan di seluruh dunia.

Sebenarnya MBMB telah lahir bersama sejarah Melaka. Sistem pentadbiran dalam menguruskan bandar Melaka telah wujud sejak tahun 1824. Perbandaran Melaka ketika itu dikenali sebagai “The Town and The Fort of Malacca” dan ditadbirkan oleh “Comittee of Assessors” di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).

Kawasan Jonker Walk Melaka pada tahun 1824. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran “The Town and The Fort of Malacca

MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandar raya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhan Negeri Melaka, di mana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu kerap turun padang bertemu rakyat, termasuk di pasar malam

Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelabur-pelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk-penduduknya.

Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Dengan pengiktirafan itu, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa.

Hasil perancangan rapi yang dilakukan oleh MBMB telah menjadikan bandar raya ini semakin maju dan pesat membangun dengan pelbagai pembangunan yang dapat memacu ekonomi negeri ini sehingga menjadikan Melaka tumpuan golongan usahawan dan juga pelancong.

Tidak hairanlah mengapa Melaka yang diterajui kepimpinannya oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menerima banyak pengiktirafan kerana kemajuan yang dilakukan di negeri ini khasnya dalam kawasan pentadbiran MBMB.

Pencapaian tertinggi apabila kawasan kompleks bersejarah di Bukit St. Paul, Banda Hilir Melaka diiktiraf oleh sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai 2008.

Mohd Ali bersama peserta Konvensyen Antarabangsa Melaka Bandar Raya Berkembar Ke-13, 4 April lalu iaitu persidangan yang berjaya memahatkan nama Melaka di persada dunia

MBMB terus berusaha bagi memperkenalkan Melaka khasnya di peringkat dunia dengan mewujudkan sebuah Jabatan Antarabangsa khusus bagi mengendalikan aktiviti dan hal ehwal antarabangsa di peringkat Bandaraya Melaka.

Pengwujudan jabatan itu penting memandangkan Melaka kini sudah dikenali di peringkat antarabangsa dan kedudukan ke-28 destinasi dunia yang perlu dikunjungi oleh The New York Times pada tahun 2012.

Untuk terus menjadikan Melaka sebagai sebuah bandar raya yang perlu dilawati oleh pengunjung, jabatan-jabatan yang ada di dalam pentadbiran MBMB telah dipertingkatkan lagi selaras dengan kemajuan semasa.

Kini terdapat 13 jabatan di dalam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) iaitu:-
Jabatan Kejuruteraan,
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,
Jabatan Pengurusan,
Jabatan Pelesenan dan Kesihatan,
Jabatan Teknologi Maklumat,
Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan,
Jabatan Projek Khas dan Alam Sekitar,
Jabatan Kewangan dan Jabatan Perancang Bandar.
Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam,
Jabatan Pengindahan Bandar,
Jabatan Kawalan Bangunan,
Jabatan Pengurusan Premis Perniagaan dan Khidmat Pelanggan,
Jabatan Infrastruktur Komuniti & Logistik dan Unit Pusat Setempat (OSC).

MBMB yang kini diterajui oleh Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu terus memacu MBMB untuk menjadikan Bandaraya Melaka terus maju dan makmur. Sehubungan dengan itu, MBMB telah menjadi contoh bandar raya di Malaysia serta mendapat banyak pujian dan menerima lawatan daripada banyak negara. Pelbagai perancangan sedang dan akan dilakukan bagi memastikan Melaka terus maju dan makmur serta memastikan warga bandar raya serta pengunjung ke negeri ini memperoleh kemudahan yang terbaik ini termasuk melalui projek pelancongan, ekonomi, sosial, pendidikan dan juga kebudayaan.

MBMB juga telah melancarkan draf Rancangan Kawasan Khas(RKK) Pelan Pengurusan Pemeliharaan Bandaraya Melaka selepas Bandaraya Melaka diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Melalui RKK ini, ia akan dapat memastikan pembangunan Bandaraya Melaka untuk tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang terus mantap terutama dalam pemeliharaan kawasan-kawasan warisan UNESCO, terus kekal.

Kawasan-kawasan kajian RKK ini meliputi keseluruhan tapak warisan dunia, yang turut melibatkan kawasan yang pernah diduduki oleh kaum Portugis dan Belanda sejak abad ke-16 hingga abad ke-18. Ia terdiri daripada zon utama (39.82 hektar), zon penampan (174.67 hektar) dan zon warisan (22.99 hektar) juga meliputi kawasan Bukit St. Paul dan kawasan sekitar, manakala di bahagian barat kawasan terdapat kediaman dan perniagaan yang terdiri daripada Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Hang Jebat, Jalan Tukang Besi, Jalan Tokong dan Jalan Pantai.

Rakyat negeri khasnya dan warga Bandar Raya Melaka yakin usaha yang dilakukan MBMB dalam menjaga pembangunan di dalam kawasannya akan membolehkan MBMB lebih maju dan makmur selaras dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Warga bandar raya juga yakin MBMB mampu menangani sebarang cabaran yang mendatang kerana apa sahaja yang dilakukan MBMB adalah demi agama, bangsa dan negara.

Yang jelas MBMB bukan sekadar menjadi ikon kebanggaan dan model kejayaan gemilang, malah pencapaiannya sepanjang sedekad ini turut menjadi tanda aras penting kepada Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau!

Warga bandaraya terus menyokong program-program pembangunan yang dilaksanakan oleh MBMB ke arah menjadikanya model bandaraya mampan, selamat, bersih, indah dan ceria

Festival Gendang Nusantara, acara tahunan yang menggamit penyertaan dari seluruh rantau, sekaligus berjaya meletakkan Melaka sebagai pusat budaya terunggul di rantau ini




Melaka Hari ini@ Gotomelaka.blogspot.com

14 April 2013

Tabung Amanah Kesihatan Bantu Rakyat- Mohd Ali

Sejumlah RM430,100.00 Berjaya Dikumpul

Mohd Ali menerima sumbangan RM100,000 dari Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia, Datuk Mohamed Ashaaree Mahmood

AYER KEROH, MELAKA- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggesa pelbagai pihak agar menyalurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Kesihatan Negeri Melaka yang ditubuhkan bagi membantu rakyat yang tidak mampu dan benar-benar memerlukan bantuan kewangan bagi membayar sebahagian dari bil rawatan kesihatan.

Beliau menjelaskan, Tabung Amanah Kesihatan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh menetapkan lima criteria utama penerima sumbangan berkenaan.

“Sehingga kini sejumlah RM430,100.00 telah disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan, sektor korporat dan swasta. Kita mengalu-alukan lebih banyak penyumbang tampil menghulurkan sumbangn kepada tabung berkenaan,” ujar beliau.

Ketua Menteri berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Dana Tabung Amanah Kesihatan Negeri Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh Melaka.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Wira Latiff Tamby Chik; Pengerusi Jawatankuuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Ghazale Mohamad; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Latipah Omar; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd (PSHSB), Datuk Ramlah Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif PSHSB, Radhuana Salleh.

Mohd Ali berkata, penerima sumbangan tabung amanah berkenaan tertakluk kepada beberapa kriteria seperti:

- Penerima tidak menerima sebarang bantuan kewangan atau sumbangan daripada manamana agensi/Jabatan kebajikan/badan korporat;

- Mempunyai tanggungan lain seperti anak-anak yang masih bersekolah/belajar;

- Mempunyai tanggungan hutang seperti pinjaman perumahan, kereta dan lain-lain;

- Hilang upaya serta 

- Perkhidmatan perubatan peralatan perubatan dan saringan kesihatan yang tidak terdapat di mana-mana hospital Kerajaan disebabkan senarai menunggu atau kecemasan yang memerlukan rawatan segera.

“Kebelakangan ini jumlah pesakit yang memerlukan rawatan semakin meningkat. Dengan adanya tabung ini diharapkan dapat membantu golongan tersebut mendapatkan perkhidmatan perubatan yang terbaik,” ujar beliau.

Bendahari UMNO Melaka, Datuk Hamzah Bajuri menyerahkan sumbangan kepada Mohd Ali


Datuk Lai Meng Chong menyerahkan sumbangan MCA Melaka kepada Mohd Ali

Pada majlis tersebut, Mohd Ali telah menerima sumbangan dari pelbagai pihak termasuk:-

Kerajaan Negeri Melaka (RM100,000);
Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia (RM100,000);
Perbadanan Ketua Menteri (RM50,000);
Syarikat Air Melaka Berhad (RM20,000);
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (RM15,000);
Majlis Agama Islam Melaka (RM10,000);
Doktor-Doktor Pakar PSHSB (RM10,000);
UMNO Negeri Melaka (RM10,000)
Holiday In Melaka/Heanj Yi Holding (RM10,000) dan
Perbadanan Kemajuan Tanah dan Adat Melaka (RM10,000).
Gaya Analisa Sdn Bhd(RM5,000);
Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd (RM5,000);
Perbadanan Pertanian Melaka Sdn Bhd (RM5,000);
Pusat Zakat Melaka (RM5,000);
BMAC Marketing (RM5,000);
Cahaya Alza Enterprise (RM5,000);
Setani Trading Sdn Bhd (RM5,000);
MCA Negeri Melaka (RM5,000);
MIC Negeri Melaka (RM5,000);
Wat Lai Sdn Bhd (RM5,000);
Global Perkasa Sdn Bhd (RM5,000);
MSM Resources Sdn Bhd (RM5,000);
Tenaga Nasional (RM5,000);
Kumpulan Syarikat Perbadanan Melaka Holdings (RM5,000);
Wajib Raya Sdn Bhd (RM5,000)
Kumpulan Melaka Berhad (RM5,000).
Rintiz Rizki Sdn Bhd (RM3,000);
MITC (RM3,000);
Telekom Malaysia Berhad (RM2,000);
Melaka International College of Sciene and Technology (RM2,000);
MIC Tangga Batu (RM2,000);
Abdul Rahaman Saad & Association (RM1,000);
Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (RM1,000);
Perbadanan Muzium Melaka (RM1,000);
Ketua-Ketua Jabatan PSHSB (RM500);
Bank Rakyat (RM300);
Maybank Islamic Berhad (RM300).

Sebahagian dari penyumbang yang hadir pada Majlis Penyerahan Dana Tabung Amanah
Kesihatan Negeri Melaka di Seri Bendahara


Health Trust Fund Launched

AYER KEROH: The Melaka State Government have officially launched the Melaka Trust Fund, aimed at alleviating the rising costs of medical treatment by providing funds to those in hardcore poor bracket.

Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam speaking at a fundraising event to collect donations for the said fund at his residence in Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka, said that this sincere effort was in line with the Federal Government's to put its rakyat first. 'Under the Barisan Nasional (BN) rule, the government has provided low-cost medical treatment at its hospitals and clinics, free vaccines for school students, free or subsidised mammograms for women as well as setting up the 1Malaysia Clinics to serve those who would normally unable to afford medical help," said Mohd Ali adding that in support of the govenrment's efforts, the Melaka Health Trust Fund is a state initiative to ease the rakyat's financial burden by paying part of their medical bills. To date, a total of RM430,100 had been collected from thiorty companies and government agencies. All Malaccans in need of medical aid and who have fulfilled several criteria, can start appyling for the fund. They can either go personally to the State Finance Unit or call 06-2307433 for enquiries and further details.




Melaka Hari Ini@ Gotomelaka.blogspot.com

12 April 2013

Prestasi PBT Melaka Membanggakan


Mohd Ali semasa melakukan gimik perasmian program amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle

AYER KEROH– Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam pengutipan hasil yang telah menunjukkan peningkatan ketara.

Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam berkata, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah berjaya mencapai sasaran jumlah kutipan hasil sebanyak RM180 juta pada tahun 2012 berbanding RM140 juta pada tahun 2011.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula berjaya mencapai jumlah kutipan hasil hampir RM28 juta pada tahun 2012 berbanding tahun 2011 dengan hasil kutipan RM27 juta.

“Sementara itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah berjaya memungut hasil sebanyak RM15 juta pada tahun 2012, dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah berjaya memungut hasil sebanyak RM58 juta pada tahun 2012.

“Lebih membanggakan PBT negeri ini juga telah berjaya mencapai pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang memberangsangkan,” katanya.

Mohd Ali berkata demikian semasa berucap di Majlis Perhimpunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka yang telah diadakan di Dewan Seri Negeri, Hampir 1,000 kakitangan PBT telah menghadiri majlis tersebut bagi mendengar mandat dari Mohd Ali dan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Pada masa sama, Mohd Ali turut merasmikan Pertandingan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Negeri Melaka.

Tambah Mohd Ali, kerajaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan sentosa.

“Pelbagai usaha telah diambil khususnya program amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat betapa pentingnya menjaga persekitaran agar dapat menikmati kehidupan yang sihat.

“Saya juga berbangga kerana semua PBT di Melaka yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meletakkan Melaka setaraf Negara maju di dunia,” katanya.

Turut hadir, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu; Yang Dipertua MPAG, Abu Bakar Abdul; Yang Dipertua MPJ, Murad Husin dan Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron.



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

10 April 2013

Star Cruises Promosi Melaka Ke Seantero Dunia

Marina Melaka Pintu Masuk Pelancong

Virgo Super Star Cruise yang berlabuh di perairan Selat Melaka berhampiran Marina Melaka

BANDARAYA MELAKA- Marina Melaka kini menjadi pintu masuk utama pelancong antarabangsa berikutan usaha yang dilakukan oleh Star Cruises Travel Service(M) Sdn Bhd (Star Cruise) dengan membawa para penumpang kapal persiaran mewah ‘Virgo Super Star Cruise’ singgah ke Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Wira Latiff Tamby Chik berkata, ‘Virgo Super Star Cruise’ kini menjadikan Melaka destinasi persinggahan baru dari Singapura bagi membolehkan para penumpang antarabangsa menyertai aktiviti ‘city tour’ di sekitar Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

“Dengan kapisiti 2,300 orang penumpang serta 1,000 anak kapal, kini penumpang Star Cruise singgah selama 8 jam di Melaka sebelum kembali meneruskan pelayaran ke destinasi antarabangsa lain,” ujar beliau.

Latiff berkata demikian dalam siding media selepas menyambut ketibaan 1,200 orang penumpang Star Cruise dari Singapura di Marina Melaka.

Latiff bersama Ghazale dan (dari kiri) Abd Kadir, Albert, William Ng, Kamaluddin dan Lim Sue Beng

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Ghazale Mohamad; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Abd Kadir Md Idris; Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Jeffrey Munir; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Melaka, Datuk Lim Chow Beng dan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Kamaluddin Ismail.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Star Cruise, William Ng; Naib Presiden Kanan Star Cruise, James Ng; Naib Presiden (Jualan) Star Cruise, Cynthia Lee; Presiden Malaysia Inbound Tourism Association, Datuk Albert Tan dan Timbalannya, Uzaidi Udanis dan Pengerusi MITA Chapter Melaka, Raymond Yeo.

Kata Latiff lagi, kapal persiaran Star Cruise akan singgah di Melaka sebanyak dua kali sebulan dengan jumlah penumpang antara 1,200 hingga 2,300 orang bergantung kepada saiz kapal.

Inisiatif yang dibuat oleh Star Cruise akan menggerakkan lagi industri pelancongan di Melaka dan memberi manfaat kepada banyak pihak termasuk pengusaha agensi pelancongan, pengusaha bas pelancongan, peniaga kedai cenderamata, pengusaha restoran, penarik beca dan pemandu teksi, selain membantu mempromosikan Melaka di persada dunia.

Sementara itu, William Ng pula memberitahu, pihaknya akan menggerakkan lebih 200 agen pelancongan di bawah Star Cruise bagi membantu mempromosikan Melaka di seluruh dunia.

Katanya, selain itu pihaknya dengan kerjasama MITA Pusat dan MITA Chapter Melaka merancang beberapa aktiviti baru bagi membolehkan penumpang Star Cruise berada lebih lama di Melaka.

“Kita juga sedang merancang untuk singgah ke Melaka setiap minggu serta menawarkan pakej baru termasuk menginap di sini. Kami menerima respon yang cukup memberangsangkan dari para penumpang mengenai pakej singgah ke Melaka ini, justeru kami membuat keputusan untuk singgah bermula hari ini,” ujarnya. Manakala Raymond Teo berkata, keputusan yang dilakukan oleh pihak Star Cruise merupakan pendekatan terbaik bagi menarik kedatangan pelancong antarabangsa melalui Marina Melaka.

“Saya percaya selepas ini Marina Melaka akan menjadi semakin sibuk, sekaligus menjana pendapatan baru kepada semua ‘tourism player’ yang selama ini begitu komited memajukan industri pelancongan di negeri ini dan meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan popular di persada dunia,” ujarnya lagi.

Penumpang Star Cruise singgah ke Melaka melalui pakej ‘City Tour’ yang diperkenalkan oleh Star Cruise



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

Harian Metro

Akhbar Harian Nombor 1 Malaysia
4 Juta pembaca
Wordless Wednesday
Harian Metro [04042013]


Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

Melaka Terima Lebih 500,000 Pelancong Kesihatan Sepanjang Tahun 2012

Meningkat 9.3 Peratus

AYER KEROH- Melaka telah menerima sejumlah 526,491 orang pelancong kesihatan sepanjang Januari hingga Disember 2012 dengan mencatatkan peningkatan seramai 44,639 orang atau 9.3 peratus berbanding 481,852 orang dalam tempoh yang sama tahun 2011.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan(BPP), Abd Kadir Md Idris berkata, Laporan Eksklusif Bilangan Pelancong 2012 bertarikh 30 Januari 2013 mencatatkan seramai 431,139 orang pelancong kesihatan domestik (81.9 peratus) telah mendapatkan rawatan di tiga buah hospital swasta utama di Melaka, manakala seramai 95,352 orang adalah pelancong kesihatan asing.

Indonesia menjadi penyumbang utama kemasukan pelancong kesihatan asing dengan seramai 87,953 orang atau 92.2 peratus dari jumlah keseluruhan pelancong kesihatan asing yang datang sepanjang tahun 2012. LTAM Batu Berendam menjadi salah satu pintu masuk utama kedatangan pelancong kesihatan dari Indonesia.


Melaka juga turut menerima kedatangan pelancong kesihatan asing termasuk dari Singapura; China; Bangladesh serta beberapa Negara Timur Tengah.

Sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2012, Mahkota Medical Centre Melaka menerima kedatangan seramai 283,762 orang pelancong kesihatan (peningkatan sebanyak 12,571 orang atau 4.6 peratus) berbanding seramai 271,191 orang pada tahun 2011.

Putra Specialist Hospital Melaka

Manakala, Putra Specialist Hospital Melaka telah mencatatkan peningkatan yang agak memberangsangkan dengan mencatatkan seramai 136,966 berbanding 112,096 orang pada tempoh yang sama tahun 2011 (peningkatan seramai 24,870 orang atau 22.2 peratus).

Manakala Hospital Pantai Melaka menerima seramai 105,763 orang pelancong kesihatan pada tahun 2012 berbanding 98,565 orang pada tahun 2011 (meningkat 7,198 orang atau 7.3
peratus).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama seorang pelancong kesihatan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka(LTAM) dari, Sumatera Indonesia...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

09 April 2013

Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan 2013

Bakal Catat Malaysia Book Of Records

Mohd Ali semasa sidang akhbar Proskap di Seri Bendahara

BANDARAYA MELAKA- Hanya 200 pasangan pengantin khususnya dari negeri Melaka yang mendaftar sahaja akan diberi keutamaan menyertai Program Selangkah ke Alam Perkahwinan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bagi pasangan terpilih, mereka hanya perlu membayar RM6,000 untuk menikmati pelbagai pakej yang ditawarkan bagi pasangan mempelai.

Keutamaan akan diberikan kepada pasangan Melayu berpendapatan kurang RM3,000, pada masa sama, mana-mana pihak yang berkeinginan menaja program ini, amatlah dialu-alukan,” katanya.

Mohd Ali berkata demikian semasa siding akhbar Program Selangkah ke Alam Perkahwinan (Proskap) yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara di sini baru-baru ini.

Proskap siri kedua ini memberi peluang kepada pasangan mempelai yang ingin berkahwin, namum punyai masalah dari faktor kewangan menyertai acara perkahwinan beramai-ramai.

Majlis tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka(MITC) Ayer Keroh, Melaka pada 13 dan 16 September 2013 dan pasangan yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada Yayasan Patriotik Bangsa(YPB) sehingga Mei 2013.

Program anjuran Yayasan Patriotik Bangsa(YPB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia Melaka (IKSEP) itu akan dicatat dalam Malaysia Book of Records(MBR) sebagai majlis pernikahan teramai yang dianjurkan di Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi YPB, Datuk Yazid Othman berkata, pasangan yang menyertai Proskap siri kedua ini bakal menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti khidmat persalinan mempelai, andaman dan pelamin serta jurugambar peribadi sepanjang program.

“Mereka juga akan dibawa menaiki botMelaka River Cruise’ menyusuri Sungai Melaka di samping percutian penginapan dua hari satu malam.

Program ini bertujuan membantu pasangan berpendapatan rendah dan sederhana berkahwin di samping dapat menjimatkan kos dan mengelakkan dari perbuatan tidak diingini disebabkan masalah kewangan yang tidak cukup.

Pasangan yang berminat boleh menghubungi di talian 03-873 44475 atau lawati Facebook Page YPB atau e-mel kepada proskap@yahoo.com.

Sebahagian pengantin yang menyertai Proskap 2012




Melaka Hari Ini@ Gotomelaka.blogspot.com

07 April 2013

Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia di Kem Terendak Melaka


Military Community Volunteering Day

SUNGAI UDANG 6 April- Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat negeri yang diadakan serentak di 13 lokasi seluruh negara disambut dengan cukup meriah apabila dihadiri 2,000 pengunjung di Padang Pavilion, Kem Terendak, Melaka.

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad berkata, Hari Terbuka ATM, merupakan julung kali diadakan di negeri ini yang bertujuan mempromosikan bidang ketenteraan, perkhidmatan serta pameran aset dan peralatan ketenteraan yang turut bermatlamat merapatkan hubungan antara rakyat dengan tentera.

“Diharapkan menerusi penganjuran seumpama ini akan lebih merapatkan lagi hubungan rakyat dengan tentera selari dengan tema sambutan, ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’ dan ini akan menambahkan lagi keyakinan rakyat kepada pihak tentera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, dan turut dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang.

Acara pembukaan dimeriahkan dengan persembahan lintas udara daripada sebuah pesawat ringan yang ternyata berjaya menarik perhatian para pengunjung.

Selain itu, turut diadakan pertunjukan payung terjun dan meriam serta tempur tanpa senjata yang memperlihatkan kehebatan teknik mempertahankan diri oleh anggota keselamatan negara.
Mohd Khalil hadir merasmikan Hari Terbuka ATM yang turut disertai Mohd Ali dan Razali

 Pengunjung cilik mencuba menaiki kereta perisai ATM semasa berkunjung Hari Terbuka ATM



Gotomelaka.blogspot.com

04 April 2013

Melaka Tawar Lokasi Penggambaran Menarik


Kerjasama Dengan Syarikat Filem


Adi Putra, Mohd Ali dan Nora Danish semasa sidang akhbar pelancaran Filem 'Suami Aku Ustaz' di Hard Rock Cafe Melaka

Kerajaan Negeri Melaka sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat produksi tempatan atau luar negara yang ingin membuat penggambaran di negeri ini bagi memperkenalkan Melaka ke seluruh dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerjasama tersebut meliputi kemudahan penggambaran membabitkan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan tanpa mengenakan sebarang caj.

"Kerjasama ini sebagai sokongan berterusan untuk memajukan industri perfileman negara bagi menjadikan Melaka sebagai hab perfileman di rantau ini.

"Malah dalam hal ini juga, kerajaan negeri akan menawarkan penginapan secara percuma kepada pelakon dan krew produksi di rumah VIP di Peringgit jika mereka menghadapi masalah untuk mencari tempat penginapan sepanjang membuat penggambaran di negeri ini," katanya.

Mohd Ali berkata demikian semasa berucap melancarkan filem 'Suami Aku Ustaz' arahan pertama pelakon terkenal tanah air Adi Putra di HardRock Cafe Melaka, Banda Hilir.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhammad, Timbalan Pengerusi IKSEP, Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin dan Pengurus Besar IKSEP, Datuk Aziz Ujang.

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta itu diterbitkan Syarikat Nur ADP Sdn. Bhd. milik Adi Putra akan menjalankan penggambaran sepenuhnya di negeri Melaka ini, mulai bulan depan.

Filem yang berdasarkan novel terlaris 2012 itu diangkat sebagai judul filem sulung terbitan Karya Seni yang menggandingkan Adi Putra dan Nora Danish sebagai watak utama.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, sebelum ini kerajaan negeri turut bekerjasama dengan pelakon Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan semasa menjalani penggambaran filem DON 2.

"Walaupun dalam filem DON 2, hanya 23 minit sahaja masa yang memaparkan latarbelakang Melaka kepada penonton tetapi ia secara tidak langsung turut mempromosikan negeri ini kepada dunia,'' katanya.

"Justeru, saya berharap penggambaran filem 'Suami Aku Ustaz' dapat memaparkan lebih banyak lagi lokasi-lokasi menarik di negeri ini khusunya kepada tontonan ramai apabila filem tersebut ditayangkan kepada orang ramai mulai tahun depan.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri mengalu-alukan kepada penggiat seni, produksi filem tempatan dan luar negara untuk menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran filem.

"Persatuan Karyawan Malaysia, persatuan artis tempatan juga digalak untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pelbagai aktiviti bukan hanya aspek pembikinan filem sahaja," ujarnya.

Mohd Ali menerima novel 'Suami Aku Ustaz' daripada Adi Putra yang akan diadaptasikan ke layar filem

Antara wartawan dan orang ramai yang hadir pada majlis tersebut







Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City