27 February 2013

Tapak Uptown Pahlawan Walk Melaka

Wordless Wednesday

Tapak UpTown Pahlawan Walk, Bandar Hilir Melaka... 



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

20 February 2013

Melaka Grand International Endurance Ride 2013

MGIER 2013
Melaka Grand International Endurance Ride (MGIER) 2013
22-24 Februari 2013, 
Kompleks Sukan Hang Jebat Krubong, Melaka 


Kejohanan Kuda Lasak Jemputan Antarabangsa Melaka (MGIER) 2013
Tuanku Mizan kembali beraksi Di Melaka
Imbas Kembali... Tuanku Mizan semasa beraksi bagi kategori 80 kilometer di MGIER 2010

SULTAN Terengganu, Tuaku Mizan Zainal Abidin dijangka kembali beraksi di Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Melaka (Melaka Grand International Endurance Ride- MGIER) 2013 di Pusat Ekuestarian Hang Jebat bersama kira-kira 100 peserta lain dari dalam dan luar negara bermula 22 hingga 24 Februari 2013.

Pengarah Teknikal MGIER 2013, Hamdan Mohd berkata, ini merupakan penyertaan keempat oleh Tuanku Mizan sejak kejohanan ini diadakan pada tahun 2008.

Tuanku Mizan bakal beraksi pada acara kegemaran baginda iaitu 80 kilometer ujarnya pada pertemuan di Pusat Equestarian Hang Jebat, malam tadi.

Hamdan memberitahu, sehingga kini 12 peserta luar iaitu dari Thailand; SingapuraIndonesia; KoreaPerancis; United Kingdom; Australia dan India telah mengesahkan penyertaan masing-masing selain 36 kelab dari seluruh negara.




Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City @ Gotomelaka.blogspot.com