26 December 2012

Puteri Gunung Ledang

A Legendary Love
Puteri Gunung Ledang (PGL) merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan Teater muzikal yang sama jalan ceritanya.

 Trailer PGL


Sinopsis Film Puteri Gunung Ledang (PGL)

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, Raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

 Raja Majapahit

Hang Tuah Dan Gusti Putri

Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke Istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.


Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud(Sultan Melaka) yang diterjemahkan dari Sanskrit Jawa:

"Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
"Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
"Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan.

Melaka

Istana Melaka

Gusti Putri menghadap Sultan Mahmud (Sultan Melaka) di Istana 


Pencapaian Filem Puteri Gunung Ledang

Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia yang. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini, "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang" telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.

Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy), 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei), Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif & berinspirasi".

Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada tahun 2005.


Trivia

Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM1.

Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja.

Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.

Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Anugerah Akademi (Academy Awards).


 Asmaradana Lagu Tema Filem PGL Puteri Gunung Ledang


Pelakon Dan Watak Di Dalam Puteri Guning Ledang (PGL)
melakonkan/memegang watak

Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah / Puteri Gunung Ledang

Dato' M. Nasir sebagai Laksamana Hang Tuah

Dato' Rahim Razali sebagai Datuk Bendahara

Adlin Aman Ramli sebagai Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka)

Sofia Jane sebagai  Permaisuri Tun Teja

Alex Komang   sebagai  Gusti Adipati Handaya Ningrat / Raja Majapahit

Christine Hakim sebagai Bayan

Khir Rahman sebagai  Tun Mamat

Ruminah Sidek sebagai Nenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri)

Azmil Mustapha sebagai Pangeran Demak / Putera Demak

Sabri Yunus sebagai Sang Setia

Man Bai sebagai Topok

Radhi Khalid sebagai Tapik

Slamet Rahardjo sebagai Patih

Muhammad Naufal Nasullah sebagai Raja Ahmad



Princess Of Mount Ledang

This is a story of a Majapahit(Java) princess Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah who run away to Malacca (Malaysia - formerly known as Tanah Melayu) and then fall in? love with Hang Tuah and refuse to marry Sultan of Malacca. Cursed to live alone on top of Mount Ledang(Malaysia) forever...
SINGER PGL- Datuk M. Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Seri Tiara Jacquelina (Malaysian)
OST PGL - Puteri Gunung Ledang (Princess Of Mount Ledang) - Malaysian Movie
Using both the culture of Malaysian and Javanese.. :)

 Bagaikan Sakti OST PGL by Datuk M. Nasir and Datuk Siti Nurhaliza


Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com

20 December 2012

Melaka International Bowling Centre (MIBC)

Kompleks Boling Terbesar di Malaysia
Melaka International Bowling Centre(MIBC) in MITC Ayer Keroh, Melaka, Malaysia

AYER KEROH- Melaka International Bowling Centre (MIBC Melaka) terus menjadi lokasi tumpuan bagi rakyat untuk bermain boling. MIBC yang dibuka pada 1 Ogos 2009 dilengkapi 52 lorong merupakan kompleks boling terbesar di Malaysia dan rantau Asia, dilengkapi kemudahan boling bertaraf dunia.

MIBC juga pernah menjadi venue acara berprestij iaitu 45th Qubica AMF Bowling World Cup dari 13-20 November 2009, disertai 153 pemain mewakili 89 negara dan mendapat publisiti meluas dari media antarabangsa.

Pemain ternama dari El Salvador, Edith Quintanilla ketika beraksi pada 45th Qubica AMF World Cup di Melaka International Bowling Centre(MIBC) Melaka, Malaysia pada November 2009

Beroperasi selama 15 jam sehari (bermula jam 10 pagi), MIBC kini terus menjadi pilihan para peminat boling sama ada untuk pertandingan persahabatan atau kejohanan bagi merebut piala kejuaraan.

MIBC menyediakan 52 lorong, sekaligus menjadikannya yang terbesar di Malaysia dilengkapi kemudahan bertaraf dunia

Kini, MIBC bukan sekadar menjadi kebanggaan rakyat Melaka, bahkan ia turut menjadi venue yang menyediakan pelbagai kemudahan lain termasuk restoran, cafe, kiosk serta golf simulator untuk aktiviti riadah bersama keluarga!

Pengunjung juga boleh merasai bermain golf simulator di MIBC Golf Simulator di ruang legar kompleks berkenaan

Hakikatnya, MIBC merupakan satu pelaburan strategik Kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana serba lengkap sejajar dengan hasrat menjadikan Melaka hab pelancongan sukan, termasuk boling terunggul di rantau ini.

Senarai panjang tempahan dan suasana sibuk dengan pengunjung yang sentiasa bertali arus jelas menggambarkan bahawa MIBC menjadi antara lokasi tumpuan paling popular, seiring dengan pencapaian cemerlang Melaka Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau yang terus melangkah ke depan mencipta kegemilangan!


Pusat Boling MIBC 52-lorong merupakan kompleks boling terbesar di Malaysia yang menjadikan negeri ini lokasi antarabangsa bagi pertandingan boling dan berfungsi sebagai pusat latihan bagi menghasilkan pemain bertaraf dunia. Lorong bolingnya dilengkapi mesin boling QubicaAMF dan menempatkan sebuah kafeteria, kedai, golf simulator, dan sebuah surau. Melaka International Bowling Centre (MIBC) juga menjadi lokasi tumpuan paling popular terutama kepada 'kaki' boling

Waktu operasi MIBC
10:00 pagi – 1:00 pagi / Setiap hari

Harga Tiket MIBC
RM6.00/permainan 10:00 pagi – 5:00 petang,

RM6.50/permainan 5:00 petang – 1 pagi

Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO / Melaka World Heritage City UNESCO @gotomelaka.blogspot.com

18 December 2012

Cencaluk Pantai Kundur Melaka Memang Sedap

CINCALOK atau Chinchalok/Cencaluk ialah sejenis makanan yang dibuat daripada udang geragau (sejenis udang halus) yang diisikan dalam air garam dan diawet untuk beberapa lama. Ini adalah istilah cencaluk yang dibaca dari Kamus Dewan.

Geragau pula menurut Kamus Dewan ialah sejenis udang kecil-kecill yang biasanya dibuat belacan atau dikenali udang baring dan disebut juga acetes sdd atau geragukBelacan pula ialah bahan makanan yang diperbuat daripada udang atau ikan-ikan kecil yang ditumbuk lumat untuk menyedapkan masakan atau terasi.

Inilah makna kedua makanan yang banyak dijual di Pantai Kundor Melaka satu ketika dulu. Pada tahun enam puluhan atau tujuh puluhan, Cencaluk Tanjung atau Belacan Tanjung menjadi rebutan.

Kedua-dua ini adalah produk Tanjung Kling yang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak dalam Dewan Undangan Pantai Kundor. Pantai Kundor sekarang telah menjadi tempat tumpuan pelancong dengan adanya Pantai Puteri yang sangat cantik standing dengan pantai-pantai lain di dunia.

Pantai Puteri menerima ribuan pelancong setiap minggu kerana merupakan pantai yang nyaman. Pantai ini sangat sesuai untuk menjadi tempat perkelahan keluarga di hujung minggu.

Pekan Tanjung Kling terletak 12 kilometer dari Bandaraya Melaka adalah sebuah pekan kecil terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor dan Parlimen Tangga Batu. Pekan yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan masih lagi memainkan peranannya walaupun tidak pernah didendangkan.

Sehingga kini pekan ini tidak banyak berubah sejak 30 tahun dulu selain Balai Polis Batang Tiga yang pernah dipindah ke Balai Raya Pekan Tanjung Kling yang akhirnya dipindahkan ke premis sekarang di jalan baru ke Pantai Kundor.

Satu ketika dulu Pekan Tanjung Kling menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli barangan harian yang tidak terdapat di tempat mereka. Penduduk sejauh Pantai Tanah Merah (kawasan Kilang Penapisan Petronas sekarang), Pantai Rombang, Pantai Kundor.

Selain Bukit Darat, Pengkalan Perigi, Kampung Gelam, Balik Bukit, Lereh, Pengkalan Lanjut perlu berkunjung ke pekan ini sebelum jalan baru dibina dan Pekan Tanjung Kling dibiarkan begitu saja kerana tidak lagi kelihatan setelah laluan bas dan teksi tidak lagi merentasi pekan ini lagi sejak tahun 70an.

Pekan ini satu ketika mempunyai petrol stasion kepunyaan Lin Bersaudara yang beroperasi di bawah pokok di tengah-tengah pekan. Sekarang telah berpindah ke Kelebang. Pekan ini punyai sebuah kedai gambar dan kedai kerinting rambut yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan paling dikunjungi adalah Pusat Kesihatan Kecil yang sudah berada sejak awal tahun 60an lagi.

Pekan ini dimeriahkan lagi dengan terbinanya Pejabat Pos yang diingini oleh penduduk kampung. Satu ketika dulu pejabat pos terdekat adalah di Pekan Tangga Batu. Pejabat Pos Tanjung Kling adalah bangunan yang terbesar di sini.

Bangunan satu tingkat yang kelihatan moden boleh dilihat di tepi jalan. Kalau dibandingkan dengan bangunan yang lain terdapat di Pekan Tanjung Kling. Pernah satu ketika dianjurkan pasar malam di Pekan Tanjung Kling, suasana agak hidup dan meriah untuk satu tempuh yang lama.

Banyak makanan dan barangan keperluan yang dijual dan menjadi tempat penduduk Tanjung Kling membeli barangan makanan. Ketika itu konsep pasar malam agak baru di negara ini. Pasar malam ini dibuka setelah tertutupnya Pasar Minggu di Pantai Kundor satu ketika dulu beroperasi di gerai MARA sejak tahun 60an.

Sekarang banyak terdapat pasar malam di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor. Pasar malam yang agak besar adalah di Pantai Puteri berdepan dengan pentas budaya yang diadakan setiap petang dan malam minggu.

Pantai Kundor satu ketika dulu adalah perkampungan nelayan terletak 13 km dari Bandaraya Melaka. Perhubungan tidak sukar terdapat perkhidmatan bas dan teksi sangat mudah didapati.

Pantai Kundor satu perkampungan yang nyaman dan penduduknya sangat ramah. Sudah tentu Pantai Kundor punyai semua kemudahan bandar dengan penduduknya tidak mengalami masalah besar dalam urusan harian.

Setiap rumah sudah punyai kereta sendiri menunjukkan anak-anak Pantai Kundor banyak yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Banyak anak-anak Pantai Kundor yang telah menjawat jawatan besar dalam kerajaan dan telah menjadi usahawan yang berjaya.

Pusat Penapisan minyak Petronas menjadi simbol kejayaan industri Pantai Kundor selain Pusat Perdagangan Bebas Tanjong Kling dan Tangga Batu. Pantai Kundor juga punyai Pelabuhan Tanjung Beruas untuk penjualan barangan yang sangat sibuk. Pantai Kundor punyai kemudahan jalan raya yang sangat baik, bebas dari jenayah dan kelihatan penduduknya saling bantu membantu dalam urusan harian.

Sudah tentu Pantai Kundor sangat nyaman untuk diduduki dan kerap menjadi kebanggaan anak-anak muda berasal dari Pantai Kundor. Suasana waktu malam juga sangat kondusif. Walaupun tidak sesibuk pekan yang besar-besar tetapi semua makanan boleh didapati dari restoran yang dibuka sampai lewat malam.

Pantai Kundor adalah tempat kelahiran Roti John yang menjadi terkenal di seluruh negara. Sehingga sekarang restoran menjual Roti John yang asal masih lagi beroperasi dan menjadi tumpuan pelanggan.

Pantai Kundor tidak sunyi pada waktu malam lebih-lebih lagi pada malam minggu. Setiap malam minggu kita dapati Pantai Puteri telah menjadi tempat perkhemahan pelawat yang ingin bermalam.

Anak-anak muda suka beraktiviti secara berkumpulan di hujung minggu. Pantai Kundor juga menyediakan kemudahan homestay dan yang terakhir telah dibina sebuah hotel yang besar dan menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin bermalam.

Pantai Kundor juga punyai Pentas Budaya untuk aktiviti rakyat pada sebarang masa. Setiap hujung minggu banyak aktiviti telah dianjurkan dan telah menjadi tarikan untuk beraktiviti. Pentas Budaya adalah kebanggaan penduduk Pantai Kundor. Setiap petang Ahad Pantai Puteri menjadi tumpuan untuk Pasar Malam.

Pantai Kundor semangnya ada kepuasan untuk berhari raya kepada anak kampungnya. Kunjung mengunjungi sudah bermula dari selepas subuh lagi. Kemeriahan sudah dirasai sejak petang hari raya lagi.

Anak-anak Pantai Kundor tidak akan melepaskan peluang bersama keluarga di pagi hari raya. Suasana kampong di hari raya sangat dirasai di Pantai Kundor. Suasana mereka yang berdedai-dedai berjalan kaki mengunjungi sanak-saudara yang lebih tua dapat dilihat sehingga sekarang dan tidak pernah berubah sejak awal tahun 60an lagi.

Anak-anak berpakaian baju Melayu lengkap bersongkok dapat dilihat datang ke setiap rumah adalah tradisi anak-anak Pantai Kundor. Semangat ini tidak pernah berubah walaupun taraf hidup penduduk Pantai Kundor telah jauh berubah.

Sekarang ini setiap rumah di Pantai Kundor telah punyai kereta sendiri dengan keadaan rumah yang jauh lebih cantik tetapi semangat Pantai Kundor tidak pernah berubah. Kalau dulu mereka balik kampung menaiki bas atau teksi, sekarang ini hampir semua pulang ke kampong bangga dengan kereta buatan Malaysia.

Banyak anak Pantai Kundor telah berjaya dalam karier masing-masing. Pantai Kundorlah tempat hati kerap terpaut walaupun di mana berada.
Cencaluk merupakan produk Pantai Kundor yang sangat sedap. Produk ini dijual di sepanjang jalan menuju ke Pantai Kundor terutama di Klebang dan Lereh. Produk ini pernah menjadi sumber rezeki orang Tanjung Kling. Boleh dikatakan ramai penduduk Pantai Kundor bergantung rezeki kepada jualan cencaluk dan menjadi sumber rezeki utama.

Pada masa itu, udang geragau tidak dijual secara segar seperti sekarang. Kebanyakan udang geragau yang dibeli oleh peraih akan dibuat belacan dan cencaluk. Banyak juga mereka yang menangkap geragau yang dipanggil mengungkuh akan membuat cencaluk sendiri untuk dijual secara kecil-kecilan secara sendiri.
Jualan cencaluk sangat laku dan kerap ditempah oleh penjual cencaluk dari seluruh negara. Sudah tentu cencaluk akan dihantar ke Kuala Lumpur dan juga ke SingapuraCencaluk pada masa itu banyak dijual di Singapura kerana hubungan orang Melaka dan Singapura sangat rapat ketika itu.

Orang Melaka punyai banyak sanak saudara di Singapura. Mungkin selera orang Melaka dan Singapura sama ketika itu. Pembuatan cencaluk tidaklah sangat sukar. Sebenarnya cencaluk perlu dibuat dalam keadaan bersih. Geragau yang ditangkap dari persisiran pantai tidak boleh dibasuh menggunakan air tawar.

Kalau dibasuh cencaluk tidak akan menjadi, cencaluk akan busuk seperti bau bangkai atau telur busuk. Pembuat cencaluk perlu berhati-hati bagi memastikan geragau tidak terkena air tawar.

Kerap kali cencaluk tidak akan dibuat jika geragau dinaikkan ke darat dari laut ketika hujan. Geragau akan dibuat belacan kalau naik pada masa hujan. Ini lebih selamat dari cencaluk menjadi berbau. Campuran membuat cencaluk juga tidak sukar dan tidak menggunakan bahan awet atau bahan tambah.

Cencaluk dibuat dari udang geragau, garam dan nasi saja. Pembuatan cencaluk perlu mengikut kadar campuran yang tertentu bukan sembarangan. Sebelum campuran dibuat, kerap menggunakan tangan akan dipastikan tidak ada ikan-ikan kecil, ketam kecil atau udang kecil yang ada dalam geragau.

Campuran geragau perlu digaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam botol atau bekas bertutup untuk awetkan. Cencaluk ini perlu disimpan dalam tempoh tertentu sebelum masak dan boleh dibuka. Apabila bekas dibuka sudah tentu nasi masak sudah menjadi air cencaluk dan sudah tentu sedap dimakan.
Mudah kaedah membuat cencaluk. Apa yang penting ialah penjagaan semasa diawetkan dan semasa kerja campuran. Walaupun bau cencaluk sedikit tidak menyenangkan tetapi apabila dimakan menggunakan air asam, limau atau bawang sudah tentu sangat enak. Lebih-lebih lagi produk cencaluk Pantai Kundor yang asal dan dibuat oleh orang Pantai Kundor sendiri.
Sekarang ini cencaluk Pantai Kundor boleh didapati di setiap pasar malam, super market seluruh negeri Melaka dan juga gerai jualan di hadapan Zoo Melaka di Ayer Keroh yang terkenal kepada pelancong yang datang ke Melaka.

Banyak juga pelancong akan hanya membeli cencaluk yang dijual di gerai-gerai kecil di sepanjang jalan di Lereh kerana mereka mahu cencaluk Pantai Kundor yang dijual berhampiran Pantai Kundor. Ada yang tidak mahu makan cencaluk buatan tempat lain dan hanya mahu membeli cencaluk Pantai Kundor sahaja. Masih lagi banyak penduduk Pantai Kundor yang membuat cencaluk untuk jualan kecil-kecilan atau untuk makanan keluarga.

Sekarang ini ramai yang suka menjual udang geragau segar dalam mangkuk atau secara longgok kerana harga yang sangat baik dan tidak perlu diproses untuk dibuat cencaluk. Satu longgok atau satu mangkuk dijual dengan harga RM5 dan sangat enak kalau dibuat jemput-jemput (nama asal kuih kodok).

Lebih-lebih lagi kalau dimasak semasa segar. Kuih geragau ini sangat enak dan pernah juga kuih garagau ini dimakan di luar negara. Udang geragau naik bermusim bukan sepanjang tahun. Kerja menangkap walaupun senang tetapi memerlukan tenaga untuk menolak yang dipanggil ‘sungkuh.

Anak-anak muda tidak berminat kerja-keja ini. Namun begitu, cencaluk Pantai Kundor boleh didapati sepanjang tahun dan sudah tentu keenakan dapat dirasai. Pantai Kundor akan tetap terkenal dengan cencaluknya walaupun kawasan itu telah maju seiring dengan Melaka yang telah maju...



Prof. Madya Datuk Dr. Abu Bakar
Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO / Melaka World Heritage City UNESCO @gotomelaka.blogspot.com

17 December 2012

Merry Christmas and Happy New Year

Selamat Menyambut Hari Natal/Krismas kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia - Tulus ikhlas drp Farihan Han



Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO / Melaka World Heritage City UNESCO @gotomelaka.blogspot.com

16 December 2012

Muzium Warisan Baba dan Nyonya

The Baba And Nyonya Heritage Museum
Muzium Baba dan Nyonya Jalan Tun Tan Cheong Lock, Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah- Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaires Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba.

Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.


The Baba And Nyonya Heritage Museum

The Baba and Nyonya Heritage Museum is located in Chinatown just of Jonker Street in Malacca. Called 'Millionaire's Row', Jalan Tun Tan Cheng Lock is lined with row houses that were built by the Dutch and later bought by wealthy Peranakans; the architectural style reflects their East-meets-West lifestyle. The house dates from 1896, when three houses were combined into one. This museum was the ancestral home of three generation of a Baba-Nyonya family. 

The building is typical of the Baroque style homes of wealthy Chinese families. An open air courtyard is situated in the middle of the house to let in sunlight. Furniture is made of Chinese rosewood in a mixture of Chinese, Victorian and Dutch designs. The building was converted into a museum to preserve its unique legacy. 



Bayaran Masuk:
RM8.00

Waktu Operasi:
Setiap hari 10.00 pagi - 12.30 tengahari
2.00 petang - 4.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Warisan Baba-Nyonya
No. 48 & 50, Jalan Tun Tan Cheng Lock
75000 Melaka
Tel: +606-283 1273




Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO / Melaka World Heritage City UNESCO @gotomelaka.blogspot.com

14 December 2012

Ice cream in a roll at Pantai Puteri

Roti Aiskrim di Pantai Puteri, Melaka
Yummy ice-cream in a roll

TG KLING - There is more than just beach activities like angling along Puteri Beach or Pantai Puteri which is situated the north western district of Melaka less 10 km from the heart of Melaka World Heritage City.

One indulgence that most people overlook is eating ice-cream in roll along the beach that is being sold by the ice-cream vendors on motorcycles. You be notified of their arrival by the hooting their vehicle horns.

According to regular Pantai Puteri beach goer, Jana the ice really goes well in the hotdog roll it.

It's real yummy, creamy ice cream especially on a hot day and each time I think about it makes me want to indulge on right away,” she told!!



Melaka World Heritage City @gotomelaka.blogspot.com

13 December 2012

Bahtera Merdeka

A New and Unique Tourist Attraction In Melaka
BANDA HILIR – Melaka Alive ‘Bahtera Merdeka’ (Ark of Independence) which will display the history of Melaka using stateof-the-art technology (water screen) is opening soon.

According to a source, the amphitheatre that tells the history of the Malay Sultanate of Melaka where from an ark is one of its kind built in Asia using a combination of technology from the United Kingdom(UK), Spain, Italy and the United States(U.S.).

It is being developed jointly by private company in collaboration with the Melaka Museum Corporation (PERZIM) and it will be a unique tourism product in the state of Melaka.

The amphitheatre in the shape of a ship from yesteryear, is without doubt set to be a new tourist attraction in Melaka.




Melaka Alive Bahtera Merdeka 

Melaka Alive Bahtera Merdeka sebuah panggung wayang menggunakan tirai air yang dibangunkan di atas sebuah kapal akan mula dibuka kepada orang ramai tidak berapa lama lagi.

Keunikan menonton wayang dengan air menjadi layar yang pertama dibina di Asia menggunakan gabungan teknologi dari United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Amerika Syarikat (AS) merupakan produk terbaru di negeri ini.

Projek yang menelan kos sebanyak RM23 juta bagi fasa pertama itu dibangunkan oleh Pekan Legasi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Melaka Alive Bahtera Merdeka yang dibina berhampiran Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Banda Hilir, dekat sini akan menjadi produk pelancongan paling unik di negeri ini.

Keunikan produk tersebut ialah apabila orang ramai menonton wayang di atas sebuah kapal yang dibina khas mirip kapal yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai Bahtera Merdeka.

Ia seperti persembahan sebuah teater mengisahkan sejarah di zaman Kesultanan Melayu Melaka sejak 400 tahun lalu yang akan dilakonkan semula oleh pelakon.

Uniknya produk ini kerana ia disokong oleh pelbagai kesan khas seperti bunyi letupan, percikan api, tiupan angin, asap, gegaran, cahaya dan sebagainya.

Projek ini juga mendapat suntikan kepakaran daripada Penerbit Persembahan Universal Studio di Singapura, Steven Ryan.

Melaka Alive Bahtera Merdeka turut menawarkan 90 peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini sebagai pelakon utama, pembantu, pelakon lagak ngeri.

Melaka Alive Bahtera Merdeka akan dibuka empat kali seminggu dari Khamis hingga Ahad bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan harga tiket yang ditetapkan RM50 seorang.




Melaka World Heritage City @gotomelaka.blogspot.com

10 December 2012

Malaysia Eye at Pulau Melaka

to start operations by April
The Eye On Malaysia in Pulau Melaka, a reality soon...

PULAU MELAKA: The installation work of a new and taller ferris wheel known as Malaysia Eye at Pulau Melaka will start early February next year.

Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam who made a working visit to the site said that the ferris wheel which is touted to be 13th tallest in the world is expected to fully be operational by April 2013.

“The work stage at the site has currently reached fifteen percent and to date the remaining tasks of getting it operational are going on smoothly without any problems,” said Mohd Ali adding that 43 containers with the components for the ferris wheel have arrived and will be transported to the site here in stages for installation.

“The earlier consignments have arrived to the site from China and I am glad that the work being carried out according to schedule,” said Mohd Ali when meeting the reporters at the site. Mohd Ali also confirmed that emphasis was also given to the safety aspect as the 103m-tall giant structure needs to adhere to stringent installation procedures to avoid any untoward incidents in the future.

The RM40 million project will be carried-out by The Eye Sdn Bhd where the site will also witness the construction of 28 storey hotel with 300 rooms. The giant structure will be installed on a 0.8ha site and eventually a new tourist attraction site for the city. A water theme park at the adjourning site of the ferris wheel is also in the pipeline.

About RM1 billon have been invested to redevelop Pulau Melaka into a new edition of tourist spot in Melaka and the ferris wheel will definitely boost the property market at the once abandoned man-made island. The new giant ferris wheel from China was aimed to replace the previous structure that was shut down and removed two years ago after a ten month legal tussle.

The previous 62m tall Eye On Malaysia ferris wheel, a joint venture between MST Ad Suria Sdn Bhd and state-owned Eye On Malaysia Sdn Bhd, ceased operations in 2010 after Belgian owner Fitraco MV took possession of the wheel on January 7 that year over an RM18 million debt by MST Ad Suria. The wheel was then removed by Fitraco in October 2010.



Eye Of Malaysia at Melaka
Melaka World Heritage City @gotomelaka.blogspot.com

05 December 2012

Showcase SDSI 2012


Showcase Satu Daerah Satu Industri 2012
Showcase SDSI.. Dari Malaysia Ke Persada Dunia...

Latar Belakang SDSI
PENGENALAN
  1. Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI yang unik dari seluruh Malaysia. Program ini adalah salah satu usaha untuk memasar dan mempromosikan keluaran SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa.
  2. Showcase SDSI merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selaras dengan peranan Kementerian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Promosi, Pemasarandan Pembangunan Keusahawanan SDSI di bawah Jawatankuasa Penyelarasan SDSI Peringkat Kementerian yang diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
  3. Program ini dianjurkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka sejak tahun 2006 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. Berikut adalah jadual penganjuran program dari tahun 2006-2011:

BIL.
TAHUN
TARIKH
DIRASMIKAN OLEH
LOKASI
1.
2006
6-8 April
YAB Timb. Perdana Menteri
MITC, Melaka
2.
2007
5-7 Julai
YAB Timb. Perdana Menteri
MITC, Melaka
3.
2008
7-9 Nov
YAB Ketua Menteri Melaka
MITC, Melaka
4.
2009
11-13 Dis
YAB Timb. Perdana Menteri
MITC, Melaka
5.
2010
10-12 Dis
YB Menteri MITI
MITC, Melaka
6.
2011
9-11 Dis
YB Timb. Menteri 
(Perdagangan), MITI
MITC, Melaka
Jadual: Penganjuran Showcase SDSI Peringkat Nasional dari tahun 2006-2011



OBJEKTIF PROGRAM

Objektif penganjuran Showcase SDSI adalah untuk:
  1. Membantu dan memudahkan pemasaran produk/perkhidmatan SDSI yang berkualiti;
  2. Meningkatkan imej produk/perkhidmatan SDSI;
  3. Memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti; dan
  4. Mewujudkan dan memperluaskan rantaian perniagaan (networking) di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis, pengimport, hypermarket dari dalam dan luar negara.


MAKLUMAT PROGRAM

Showcase SDSI kali ke-7 pada tahun ini akan dianjurkan seperti berikut:
Tarikh : 7 - 9 Disember 2012 (Jumaat - Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam (terbuka kepada orang ramai dan pembeli perdagangan)
Tempat : Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka
Perasmian : 8 Disember 2012 (Sabtu), disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri(Menteri MITI) YB Datuk Seri Mustapha Mohamad.




MANFAAT PROGRAM

  1. Memperluaskan jaringan perniagaan (networking) dan mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi business matching.
    • Manfaat program bagi para usahawan dan bakal usahawan:
    • Pusat sehenti atau one stop center (OSC) bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan secara terus daripada Kementerian/agensi Kerajaan yang turut menyertai pameran ini;
    • Memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan menerusi seminar yang dianjurkan; dan
    • Memperluaskan jaringan perniagaan ( networking ) dan mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi business matching.
  2. Manfaat program bagi orang ramai:
    • Berpeluang melihat dan membeli pelbagai produk/ perkhidmatan keluaran industri desa yang berkualiti tinggi dari seluruh Malaysia di bawah satu bumbung; dan
    • Menyertai pelbagai aktiviti ilmiah dan hiburan berbentuk riadah yang dianjurkan.


Info Program SDSI
TUJUAN

Arahan ini bertujuan memantap dan menggariskan mekanisme serta rangka kerja pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) ke seluruh negara.

Program ini perlu dilaksanakan secara lebih berkesan, selaras dan dijadikan agenda penting bagi agensi-agensi terlibat serta Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada jana kuasa pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.


LATAR BELAKANG

Program Satu daerah Satu Industri telah diperkenalkan sebagai Satu Kampung Satu Produk (SKSP) pada tahun 1992. Pada tahun 1992, program ini dikembangkan menjadi Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan setahun kemudian ditukar kepada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mencakupi skop yang lebih luas.

Pada 8 Disember 2004, Jemaah menteri telah memutuskan agar ICU, JPM bertindak sebagai urus setia dan penyelaras Program SDSI bagi memantapkan jentera pelaksanaan SDSI di semua peringkat. Timbalan Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat di peringkat kebangsaan dari semasa ke semasa dengan kementerian dan agensi yang terlibat bagi menentukan dasar dan hala tuju program ini.


RASIONAL DAN HALA TUJU SDSI

Program SDSI yang dilaksanakan ketikan ini berkonsepkan pembangunan produk atau perkhidmatan beridentitikan satu daerah yang dihasilkan secara komersial untuk menarik minat pelancong ke daerah tersebut. Program ini juga menjurus ke arah pembangunan budaya mesyarakat kreatif dan berinovasi sekaligus memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti.

Konsep baru yang bakal dilaksanakan pula berorientasikan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju serta rantaian nilai tambah ynag tinggi untuk mendapat manfaat sepenuhnya.

Melalui konsep ini, Program SDSI tidak dianggap semata-mata pekerjaan sampingan dan pendapatan tambahan, atau sebahagian daripad aprogram pembasmian kemiskinan, tetapi sebagai salah satu bentuk perniagaan yang menjana potensi/prospek yang menjamin pendapatan berterusan.

Teras utama konsep baru program ini adalah:
- Penyelarasan serta pelaksanaan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengenal pasti satu atau lebih produk atau perkhidmatan utama bagi sesuatu daerah untuk dibangun dan dikembangkan.
- Pemantapan proses perniagaan melalui pewujudan mekanisme pemasaran yang tersusun bertunjangkan maklumat pasaran, penjenamaan dan pengurusan pengeluaran yang berorientasikan perniagaan.

Selain itu, konsep baru Program SDSI ini menggunakan kaedah pengelompokan ( clustering ) bagi menyokong dan menggerakkan keseluruhan rantaian nilai dari peringkat bekalan sumber bahan mentah, tahap pengeluaran dan seterusnya pengedaran dan pemasaran. Pendekatan setiap aktiviti di sepanjang rantaian nilai dalam setiap Program SDSI hendaklah memberikan nilai tambah kepada aktiviti berkenaan.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan pendekatan ini, satu jentera penyelarasan bersepadu dan berkesan yang melibatkan kerjasama penuh antara pihak kerajaan dengan swasta diwujudkan pada pelbagai peringkat yang merangkumi daerah, negeri dan kementerian bagi melaksanakan konsep baru Program SDSI ini.

Pemantauan dan penilaian akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan Program SDSI yang lebih cekap, cepat dan selaras di samping menepati sasaran yang ditetapkan. Pemantauan dan penilaian yang dilakukan bukan hanya normatif tetapi juga menekankan aspek penilaian outcome bagi memastikan program yang dilaksanakan berdaya tahan dan berdaya maju sama ada pada peringkat tempatan atau antarabangsa.



Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2012
Melaka Bandaraya Warisan Dunia @Gotomelaka.blogspot.com