15 April 2012

Pemaju Perumahan Disaran Bina Kediaman Bercirikan Warisan

Tonjolkan Imej Melaka Sebagai Bandaraya Warisan Dunia


BANDAR HILIR, MELAKA 14 April – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyarankan supaya pemaju perumahan yang membina projek kediaman dan komersial di negari ini supaya mengutamakan corak senibina yang bercirikan warisan sejarah Melaka dan menonjolkan keunikan Melaka sebagai negeri Warisan Dunia UNESCO.

Sambil menyifatkan usaha sedemikian bakal memberikan kelainan kepada negeri Melaka dan status warisan terus dapat dipertahankan, ianya juga layak menjadi identiti yang menyerlahkan lagi negeri ini ke persada dunia.

“Saya amat yakin penyediaan bangunan simbolik unik seperti ini dapat menonjolkan lagi pandangan dunia terhadap Melaka”, kata beliau semasa merasmikan  Ekspo Harta Tanah & Perumahan (MAPEX) Melaka 2012 di Mahkota Prade (MP).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan & Warisan Datuk Wira Latiff Tamby Chik; Pengerusi REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) Melaka, Datuk Wee Yee Kiat; Pengerusi Penganjur MAPEX 2012, Ngoh Chun How; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Sazali Muhd Din dan Pengarah PTG Melaka, Roslan Ibrahim.

Jumlah nilai pindah milik sepanjang tahun 2012 menyaksikan pertumbuhan ketara apabila meningkat kepada RM3.25 bilion berbanding RM2.19 bilion bagi tahun 2010.

Melaka di bawah pimpinan Barisan Nasional bukan sahaja berjaya memancu bidang hartanah dengan cemerlang malah turut menawarkan kediaman selesa, apabila membina sebanyak 8718 unit kediaman termasuk rumah kos rendah yang dibina kerajaan negeri.

Ini semua adalah untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah turut berpeluang memiliki tempat tinggal yang selesa selaras dengan gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.


MAPEX 2012 berlangsung selama tiga hari itu, melibatkan 26 pemaju perumahan yang menawarkan 2,933 unit kediaman dan bangunan komersial yang dianggarkan bernilai RM959 juta.

Antara pemaju yang mengambil bahagian dalam pameran MAPEX 2012...



Sementara itu, sebanyak 2,210 unit kediaman bernilai RM672 juta yang masih belum dijual sejak Mac 2012, menerima insentif pelepasan unit koata bumiputera daripada kerajaan negeri sebagai galakan orang Melayu mengambil peluang memiliki rumah sepanjang pameran ini diadakan.

Mohd Ali merakamkan gambar di salah sebuah booth pameran…

Mohd Ali melihat pelan projek pembangunan di salah sebuah booth pameran..