29 June 2011

Majlis Penutupan Pesta Sungai Melaka 2011



Majlis Penutupan Pesta Sungai Melaka 2011 disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob...




Taman Rempah, Melaka[26 Jun 2011]- Kira-kira 460,000 pengunjung termasuk pelancong tempatan dan luar Negara telah berkunjung ke  Pesta Sungai Melaka  yang telah bermula sejak 1 Jun hingga penutupannya 26 Jun 2011.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, statistik itu berdasarkan sambutan hebat dari para pengunjung yang yang menyertai pelbagai aktiviti yang aianjurkan.

Menurut DAR, beliau yakin kehadiran pengunjung akan mencapai sasaran iaitu 500,000 atau setengah juta orang sehingga akhir Pesta Sungai Melaka penghujung bulan ini.

Penganjuran Pesta Sungai Melaka 2011 yang menyambut ulang tahun kali Ke-5 tahun ini, istimewa kerana ianya penganjuran acara pertama selepas Negeri Melaka mencapai status Negeri Maju pada 2010.

Hampir 20,000 pengunjung membanjiri Taman Rempah untuk menyaksikan Majlis Penutupan Pesta Sungai Melaka 2011. Majlis Penutupan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob yang turut disertai isterinya, Toh Puan Zurina Kassim.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan (Datuk Abu Seman Yusof), Speaker Dewan Undangan Negeri (Datuk Wira Othman Muhamad), Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Wira Omar Kasih), dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri (Baharom Majid).

Orang Ramai juga dihiburkan dengan persembahan artis tanah air seperti  Farawahida dan Daus serta diiringi Kombo Briged Seni.

Hampir sejuta pelancong telah berkunjung ke Melaka, dimana kehadiran mereka yang tinggi juga dicatatkan oleh produk-prodk pelancongan lain seperti  Zoo Melaka ,  Muzium   Menara Taming Sari ,   pusat membeli belah , dan  hotel-hotel .

Seramai 115,000 pelancong telah menaiki   Melaka River Cruise   bermula sejak 1 hingga 24 Jun 2011 lalu dan peningkatan sejumlah  43%  berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pesta Sungai Melaka bukanlah sesuatu yang asing dalam industri pelancongan dan ianya dinanti-nantikan setiap tahun oleh penhunjung. Promosi yang diadakan dari dalam dan luar negara dengan keunikan pesta ini sebagai satu-satunya pesta sungai yang terbesar di Malaysia.     Sambutan Pesta Sungai Melaka 2011   turut mengamalkan konsep ’Go Green’ dan semua aktiviti yang dilaksanakan berkonsepkan 12 sub sektor pelancongan negeri ini, sekali gus menjadi pemangkin dan pelengkap kepada usaha mencapai sasaran pelancong sejumlah 11 juta orang tahun ini (2011).


Bye..,
Jumpa lagi tahun hadapan pada


25 June 2011

Majlis Perbandaran Hang Jebat Bakal Diwujudkan ?

Salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada di Melaka... 

Kerajaan Negeri Melaka sedang meneliti salah sebuah dari tiga Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang baru di negeri ini iaitu Majlis Perbandaran Hang Jebat (MPHJ).

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin berkata kertas kerja operasi MPHJ masih dalam proses di peringkat kerajaan negeri sebelum serahkan kepada kementerian. 

Melaka juga turut bercadang mewujudkan 2 lagi PBT baru iaitu Majlis Perbandaran Masjid Tanah (MPMT) dan Majlis Perbandaran Merlimau (MPM) yang juga dalam perbincangan. 

Bagaimanapun, penubuhan PBT baru itu sebagai langkah kerajaan negeri menyalurkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat dari pelbagai aspek termasuk kebersihan dan pengindahan landskap. 

Dalam usaha kerajaan negeri memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, maka kawasan PBT sedia ada akan dikecilkan dan sebahagiannya diberikan kepada PBT baru untuk ditadbir nanti seperti yang dilakukan semasa penubuhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). 



Ketika ini Melaka dibahagikan kepada empat (PBT) masing-masing, iaitu:- 
  1. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. (MBMB)
  2. Majlis Perbandaran Alor Gajah. (MPAG)
  3. Majlis Perbandaran Jasin. (MPJ)
  4. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. (MPHJ)

Cadangan 3 lagi PBT baru:- 

    5. Majlis Perbandaran Hang Jebat (MPHJ)
    6. Majlis Perbandaran Masjid Tanah (MPMT)
    7. Majlis Perbandaran Merlimau (MPM)







Sumber:Melakatoday




14 June 2011

Perasmian Pesta Sungai Melaka 2011


Pesta Sungai Melaka 2011 yang disambut selama sebulan bermula 1 Jun 2011 lalu menyasarkan untuk menarik 500,000 pengunjung berbanding 250,000 tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai satu-satunya pesta sungai yang terbesar di Malaysia, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan Pesta Sungai Melaka juga telah tersenarai dalam kalendar pelancongan Malaysia.
Pesta Sungai Melaka yang dianjurkan sejak 2007 bukan sahaja tertumpu pada aktiviti bot dan sungai, malah, turut melibatkan beberapa lokasi pelancongan lain seperti di lebih 15 buah Muzium, Menara Taming Sari dan Zoo Melaka.

Hari ini, kita dapat lihat Sungai Melaka telah menjalani satu transformasi daripada sebuah sungai yang dahulunya dikatakan lesu, kotor dan tidak terurus kini telah menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia kerana nilai sejarah, kebersihan dan keindahannya.
BOT BERHIAS…Bot Berhias Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB) menyusuri Sungai Melaka penuh berwarna-warni…



Bot Berhias dari MPAG...

Pesta Sungai Melaka 2011 dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik, Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa pesta, Datuk Omar Kaseh dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid.

Sebanyak 70 acara telah disediakan sepanjang berlangsungnya pesta tersebut dan diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha mencapai sasaran 11 juta pelancong tahun ini.
Bot Berhias dari MPHTJ...

Berdasarkan statistik, jumlah kehadiran pelancong menaiki bot Melaka River Cruise meningkat setiap tahun apabila seramai 1.9 juta pengunjung menaiki perkhidmatan itu sejak 2006 hingga sekarang.

Pada 2006 PPSPM ada dua bot tetapi sekarang ada 40 bot termasuk sebuah menggunakan kuasa bateri atau solar dalam usaha mengurangkan pencemaran bertepatan dengan usaha Melaka ke arah Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Majlis perasmian pada malam 4 Jun 2011 adalah yang paling meriah dapat disaksikan dengan kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung selain kehadiran 13 artis terkenal tanah air menerusi konsert Pancaindera.
BERKELIPAN… Keunikan bot berhias memang menarik perhatian...!

Kehadiran Mawi, Marsha, Adira, Fazli Zainal, Shahir, Fizo Omar, Jehan Miskin, Kamal Adli, Roslan Shah, Didie Alias, Kumpulan Kristal, Sivakumar dan Super Girl menyebabkan pengunjung tidak berganjak menyaksikan persembahan walaupun dalam cuaca hujan renyai-renyai (Habis Basah..!).

Memeriahkan suasana acara tersebut ialah perarakan 8 bot berhias, persembahan kebudayaan daripada pelbagai etnik di negeri ini dan pertunjukan bunga api.

Perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 oleh Ketua Menteri Melaka DAR...

Diantara artis kebudayaan yang menbuat persembahan yang memukau, walaupun cuaca hujan...


Sebahagian jemputan serta orang ramai yang hadir...


Mawi...! diantara salah seorang artis yang mengadakan persembahan...


MERIAH…Pertunjukkan bunga api memeriahkan lagi acara perasmian...


Perasmian telah pun disempurnakannn....



ORANG ramai sanggup beratur panjang untuk menaiki bot Melaka River Cruise pada majlis perasmian Pesta Sungai Melaka di Taman Rempah...




Sekian...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan Majalah Melaka Business edisi Julai/Ogos 2011 di pasaran...

06 June 2011

Zoo Melaka, Malaysia

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi. 

Zoo ini dinobatkan sebagaiZoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979. 

Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjad Zoo Kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. 


Activities and Fees

Visiting Hours
9.00 am - 6.00 pm daily 
Category
Price
Package Price
Adult (13 years old and above )
RM7.00
RM 5.00
Children ( 5 years old – 12 years old )
RM4.00
RM 2.00
Student with uniform
RM 2.00
RM 2.00
Video Camera
RM 10.00
RM 10.00



Night Zoo
8.00 pm - 11.00 pm
-
Friday
- Saturday
- Eve of
Public Holiday
-
School
Holidays

Category
Price
Package Price
Adult (13 years old and above)
RM10.00
RM 8.00
Children (5 years old – 12 years old)
RM5.00
RM 4.00

Safari malam 

Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.
Marmoset...

Diantara perkhidmatan yang disediakan..


 
Burung Cenderawasih.. ?

Memerang...




Kita minum dulu....



05 June 2011

Siapa lagi Tinggi



Lelaki Tertinggi dan Terpendek dari Pakistan 

































Siapa lagi TINGGI...? ;) ,  Ali Zaman (berbaju berjalur biru,kuning), Farihan(berbaju merah tu..) dan Haq Nawaz (bersongkok) bergambar di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir Melaka Bandaraya BersejarahMereka nie datang bersama-sama kakitangan 'promoter' mereka from PAKISTAN... shooping kot..


Tentang mereka :-

Lelaki terpendek di Pakistan:

Nama: Ali Zaman
Tinggi : 39 inci
Berat : 25 kg
Asal : Jehlum. Suhawa (Punjab, Pakistan)
Pekerjaan : Artis TV
Status : Berkahwin (Isterinya mempunyai ketinggian biasa)
Sukan kesukaan : Kriket



Lelaki tertinggi di Pakistan

Nama : Haq Nawaz
Tinggi : 7' 8" (245 cm)
Berat : 130 kg
Saiz Kasut : 19
Asal : Bahawalpur (Punjab, Pakistan)
Status : Bujang
Makan pagi : 8 Pratha, 12 biji telur, 5 kg susu, 1 jug air
Makan tengahari : 16 buku roti, 5 kg daging dan 2 kg Biryani



By: Han